
Oleh Zainuddin Zain
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
HPA Industries Sdn Bhd (HPA) melangkah setapak lagi dalam visinya menyediakan produk halal dan berkualiti kepada orang ramai apabila membuka restoran pertamanya, Radix Fried Chicken (RFC), semalam.
Syarikat jualan langsung (MLM) milik Bumiputera itu antara terbesar di negara ini yang terkenal dengan jenama Kopi Radixnya, membuka cawangan pertama RFC di Lagenda Heights, bersebelahan Village Mall di Sungai Petani, Kedah.
Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad, berkata HPA mensasarkan membuka 20 cawangan RFC menjelang akhir 2009.
Menurutnya, syarikat itu menawarkan sistem francais kepada 500,000 ahlinya di Malaysia untuk membuka cawangan RFC di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.
Katanya, sistem francais itu terbahagi kepada dua kategori iaitu bernilai RM1 juta dan RM500,000.
“RFC adalah jawapan kepada pelbagai masalah yang membelenggu masyarakat kebelakangan ini, terutama ayam yang dikhuatiri disuntik vaksin haiwan seperti babi yang bukan saja haram kepada umat Islam, tetapi berbahaya kepada kesihatan manusia keseluruhannya.
“Di RFC, kami menggunakan ayam organik yang diternak sendiri HPA yang dijamin bebas daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya seperti daun mambu, kunyit dan Tongkat Ali.
“Pada masa sama, semua produk digunakan di dalam RFC adalah keluaran HPA yang berasaskan herba dan bebas daripada bahan kimia termasuk sos, minuman dan lain-lain,” katanya ketika majlis pelancaran RFC, semalam.
Selain ayam goreng asli dan pedas yang menggunakan
ramuan herba terpilih, RFC juga menyediakan pelbagai set makanan lain termasuk burger, sosej, kentang goreng dan putar, sayur bermayonis dan ais krim.
RFC turut menyediakan minuman Kopi Radix, Cola Radix, Sarsi Radix selain jus roselle dan mangga.
Login Ahli HPA
Mohd Firdaus (013-3008174)
Mohd Kusairi (019 4578315)
Musafri (013 4429472)
Chip (013 5031105)
Rizal (013 3008192)
Hafiz Ghani (013 3008201)
Shafiq Razelan (013 3008179)
Ahli Online
Jumlah Pelawat







![]() | Hari ini | 41 |
![]() | Semalam | 153 |
![]() | Minggu ini | 1195 |
![]() | Minggu lepas | 1616 |
![]() | Bulan ini | 2144 |
![]() | Bulan lepas | 8259 |
![]() | Semua | 173513 |
IP anda 38.107.191.117
,
Tarikh: 10-09-2010 | Masa: 05:45
Kategori Produk HPA
Carian Produk HPA
Video Iklan HPA
Pautan HPA
PBC TERBARU
| No events |












